Pages

Jika lelaki benar2 jatuh cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh
cinta dan setia pada
kekasihnya dengan
ikhlas,perubahan sikapnya
amat mengejtkan. Hati lelaki
yang dianggap keras selama
ini, tiba-tiba secara semulajadi
menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta
dengan relanya. Bahkan lelaki
yang mabuk cinta sanggup
berkorban dan buat apa
sahaja untuk
kekasihnya.Sekeras manapun
hati lelaki ia akan mengalirkan
air mata apabila hatinya
dilukai. untuk melihat lelaki
menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki
yang jatuh cinta dengan hebat
ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh
melakukan sesuatu untuk
kekasihnya dengan rela bukan
kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin
menghiburkan kekasihnya dan
berubah menjadi orang yang
kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati
kekasihnya kerana dia amat
menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong
kebebasan kekasihnya kerana
perasaan cemburunya yang
meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut
kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi
pergerakan kekasihnya kerana
dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain
rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu
dan sensitif apabila
kekasihnya tidak menumpukan
sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti
seorang anak kecil yang
meminta perhatian kerana dia
mahu kekasihnya melayannya
lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang
paling rajin dan sanggup
membantu kekasihnya
melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati
kerana ingin dipujuk oleh
kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah
apabila kekasihnya berjauhan
daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan
keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan
kekasihnya daripada dirinya
sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah
kekasihnya mencintainya
kerana dia merasa kasihnya
lebih kuat daripada
kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan
perempuan lain yang tidak ada
urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih
banyak masa dengan
kekasihnya walaupun terpaksa
menunggu kekasihnya dengan
sabar.
18. Dia membanggakan
kekasihnya di depan orang
lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh
kekasihnya, ia akan berasa
serik dan tidak percaya
dengan cinta perempuan lain
namun dia sentiasa
mengharap kekasihnya
kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang
ketiga, dia akan hilang akal
dan sanggup berbuat apa saja
untuk merebut kembali
kekasihnya.
21. Dia menganggap
kekasihnya sebagai orang
yang paling dipercayainya dan
sanggup menyerahkan harta
walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku
curang kepada kekasihnya
namun jikalau dia berbuat
demikian itu bererti hatinya
belum 100 peratus mencintai
kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki
sanggup menitiskan airmata
hanya untuk seorang
perempuan.
HARGAILAH MEREKA

No comments:

Post a Comment