Pages

Flash menu yg mnarik mcm mana??

Untuk menambah flash menu pda fon ia hanya b'kesan pda beberapa jenis fon sahaja spt W series...

Bhan yg diperlukan :
- theme b'sma flash menu
- farmanager/jdflasher
- USB kabel

Cara2 :-
- lakukn step2 yg sma dilakukn utk memulakn proses modding,,
- kemudian apabila fon anda sudah disambungkn pd farmanager..double klik pd "ofs"
- ofs:/tpa/preset/system/dekstop/flash
- pd panel sblh kanan cri file .swf flash menu b'kenaan..copy n paste pd panel sblh kiri..
- kemudian double klik pd "..." utk kluar klik sehingga kluar notis.
- seterusnya tanggalkn kabel..
- pastikn theme2 yg bsma dgn flash menu td telah dimasukkn dlm memori kad..
- enjoy your success

Jika lelaki benar2 jatuh cinta

Bila lelaki benar-benar jatuh
cinta dan setia pada
kekasihnya dengan
ikhlas,perubahan sikapnya
amat mengejtkan. Hati lelaki
yang dianggap keras selama
ini, tiba-tiba secara semulajadi
menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta
dengan relanya. Bahkan lelaki
yang mabuk cinta sanggup
berkorban dan buat apa
sahaja untuk
kekasihnya.Sekeras manapun
hati lelaki ia akan mengalirkan
air mata apabila hatinya
dilukai. untuk melihat lelaki
menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki
yang jatuh cinta dengan hebat
ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh
melakukan sesuatu untuk
kekasihnya dengan rela bukan
kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin
menghiburkan kekasihnya dan
berubah menjadi orang yang
kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati
kekasihnya kerana dia amat
menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong
kebebasan kekasihnya kerana
perasaan cemburunya yang
meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut
kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi
pergerakan kekasihnya kerana
dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain
rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu
dan sensitif apabila
kekasihnya tidak menumpukan
sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti
seorang anak kecil yang
meminta perhatian kerana dia
mahu kekasihnya melayannya
lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang
paling rajin dan sanggup
membantu kekasihnya
melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati
kerana ingin dipujuk oleh
kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah
apabila kekasihnya berjauhan
daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan
keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan
kekasihnya daripada dirinya
sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah
kekasihnya mencintainya
kerana dia merasa kasihnya
lebih kuat daripada
kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan
perempuan lain yang tidak ada
urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih
banyak masa dengan
kekasihnya walaupun terpaksa
menunggu kekasihnya dengan
sabar.
18. Dia membanggakan
kekasihnya di depan orang
lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh
kekasihnya, ia akan berasa
serik dan tidak percaya
dengan cinta perempuan lain
namun dia sentiasa
mengharap kekasihnya
kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang
ketiga, dia akan hilang akal
dan sanggup berbuat apa saja
untuk merebut kembali
kekasihnya.
21. Dia menganggap
kekasihnya sebagai orang
yang paling dipercayainya dan
sanggup menyerahkan harta
walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku
curang kepada kekasihnya
namun jikalau dia berbuat
demikian itu bererti hatinya
belum 100 peratus mencintai
kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki
sanggup menitiskan airmata
hanya untuk seorang
perempuan.
HARGAILAH MEREKA

Lelaki Ego

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku. Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “ Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak … Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak … Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan
harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu
tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah.
Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“ Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat
perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda,
untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia, ”tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang. Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi. Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku. Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “ Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau, ” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu. Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu. “ Dalam origami bintang ni ada kata-
kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang …” Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “ Love is like a poisonous mushroom. You don ’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah,
sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis
semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur. Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar
menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat
dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya
tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya. Aku bisikkan ketelinganya, “ Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf, ” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic. “ Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar. Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha
dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan
dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia. Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai. Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku. “ Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok, ” ramah gadis yangbekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital. Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku. “ Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya ?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali.
Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi, ” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya
makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok
apa- apa berkaitan awak lagi, ” pantas dia menarik selimut menutup muka.
Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. Selang beberapa hari, aku datang lagi
tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku
padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana
keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir
gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan
dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku! Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya
menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin. Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung.
Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di
sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari
aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang
dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu.
Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih
oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu,
bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali
seperti dulu. Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu
biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya
yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku
tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya
sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana
mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak,
terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku.
Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego
yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain....

KISAH AMING GI SEJID

Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye
nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat
bising. Ye berembah ngan abang dia.
Bising Bango. Ayoh dia hok tengah
mayang ni nok maroh dok tau ahh.
Geletik tangang rasa nok bui
penampor sutir. Orang laing kiri
kanang dalang sof mok ’o rase gitu
jugak, mesti dok kusuk semayang.
Kalu ye maghi dekat, bulih junga
tangang, belang-belang bace fatehoh,
mesti kena keppok pale, baru ye bulih
dudok diang. Base anok dok rajing
mari sejid, ye ingat sejid ning macang
padang tepat maing. Ye berembah, ye
berembah jugak nge abang dia. Nok
buwak gane , budok dua taung , dok
tahu ke mende. Orang paka baju
melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi
ambek baju retek dalang robok. Tak
dok pioh, ye buke abih sorok dalang
rumah cari pioh, bulih ke dia pioh
besar, paka jugak, paka jugak
walaupung dok lekat di pale.
Tengelang separuh dahi napok butir
mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye
kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi
aming bising, dok dudok diang, kaca
orang mayang ”. Panda ye jawak
“Aming uduk je, Aming diang je,
Aming mayang nge ayoh”. Uhh,
jawak bukang maing juruh. Ayoh dia
pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia
duduk molek-molek mase orang
semayang jumaat. Kalu dok ajok kang
ye nangis guling hanyar depang mok
dia, sapa orang abih mayang.
Rohoklah mok dia nok suruh senyap
kekgi.
Mase khetbah tu ye start doh, iyah-
iyah ye fire ke abang dia. Abang ye
senyak je, dok layang. Ayoh ye
keling-keling dari jauh, pah tu cerelong
ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah
tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-
segok pulak abang dia, iyah-iyah,
koya jadi ultrameng lawang raksakse.
Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari
tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat
gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah
tu konong. Derah-derah ye gi duduk
bira abang dia, terkising-kising
senyung. Dok dan dua minit ye segok
pulak abang dia, maing pogong-
pogong pulak, iyah-iyah..
Ayoh dia buat isyarat ke abang
dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik
“ koho teruk adik mung ning, mung
ajok adik mung gi blakang, tepat
orang buh lipar nung, mung layang
ye berembah, kot panda ye ah nok
begocoh ke, nak berguling ke, nok
teranding di dinding ke.Dok bolih jadi
gining, ye kaca orang nok mayang
kekgi.” Abang dia ajoklah gi blakang.
Ye pong derah-derah ikut.
Amanglah sementor. Bulihlah dengar
khetbah molek skit. Tok imang
perabih khetbah dia, pas tu sedia nok
semayang. Pah takbir je , bace
patehoh, eh-eh tubik mari duane dok
tahu, ye mari pulok nge abang dia.
Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak
pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-
pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende
dok tau. Ekseng je lebih.Mase abang
dia sujud ye buwak pulok, tengok
molek ngat abang dia sujud, kabat
lallu atah blakang wat macang kuda.
Keduk-keduk , bising bango. Mase
abang dia duduk , ye pelok tekok
abang dia , lepah tunju dua tige butir,
debih-debih bunying. Gitulah sapa
orang abih semayang.
Lepah bagi salang, kiri dan kanang,
ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete
mate dia macang nok sembul , maroh
tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke
mate sembul ayoh dia , Ye lari gi
nusuk blakang abang dia, tahu nye
saloh sebab ayoh ye pesang benor
doh jangang wat bising dalang sejid.
Ayoh dia saoung slow-slow “Sape
maing masae mayang takdi hahhh ?”.
Dalang takut-takut dia jawak “Bukang
Aming”. Kebetulang tok imang tengah
bace doa lepah mayang, tok
makmung pulak jawak rama – rama
“Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua
orang kata Aming. Ayoh dia kate lagi
“ Sape bising bango main gocoh
dalang sejid hahhh” . Tok Imang bace
doa .Makmung jawab aminggggg. Ye
pucat lesi doh muke, ye jawak
“ Bukang Amingggggg, bukang
Amingggg.. muke paling kiri kanang
tengok ke makmung, mintak kasihang
belas. Abang dia doh dok tahan suke
tengok keaadaang dia hok pucat lesi.
Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape
hok maing berembah dalang sejid
ahhhh ?”. Tok Imang perabih doanya,
hok akhir dia kate “Ya Rabbal
Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase.
Makmung-makmung sume pakat
perabih amingkan doa tok imang, kate
kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal
Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang
Aming, Bukang Aming, selok ye
nangis takutan. Makmung sume
tengok ke dia . Derah-derah Ye gi
jerba ke ayoh dia. Reboh nungging
ayoh dia sapa sellok kaing-kaing.
Abang dia dok tahan, suke sampai
guling bating depang sof.

Kenali platform fon anda

Sony Ericsson A1:
• DB2010 CID36/49 RED/BROWN:
D750,K310,K510,K750,K758,W300,W550,W600,W700,W800,W810,Z520,Z525,Z530,Z550,Z558
• DB2012 CID50/51/52/53 RED/BROWN:
K310,K320,K510,W200,W300,W810,Z550
• DB2020 CID49/51/52/53 RED/BROWN:
K530,K550,K610,K618,K770,K790,K800,K810,S500,T650,V630,W580,W610,W660,W710,W830,W850,W880,Z610,Z710
• PNX5230 CID49/51/52/53 RED/BROWN:
W350,W380,Z310,Z555
Sony Ericsson A2:
• DB3150 CID49/51/52 RED/BROWN/BLUE:
C702,C902,G502,K630,K660,K850,K858,T700,TM506,V640,W595,W760,W890,W902,W908,W910,W980,Z750,Z770,Z780
• DB3200 CID49/51/52/53 RED/BROWN/BLUE:
F100,J105,T707,W508,W518
• DB3210 CID49/51/52/53 RED/BROWN/BLUE:
C510,C901,C903,C905,G705,W705,W715,W995
• DB3350 CID49/51/52/53 RED/BROWN/BLUE:
U10,U100,X5



PENGKELASAN

brown,blue,n red..
RED-Produk Retail yg siap utk dipasarkan
BLUE-Produk yg diperbaharui dan sedia dipasarkan
BROWN-Produk pengembang yg msih dlm percubaan utk fungsi2 yg lbih mantap..bile fon s.e red dialihkan ke brown..kite blh mengembangkan fungsi2 fon dgn
pelbagai patches..dgn cra downgrade cid dgn menggunakan pkhidmatan software omnius..dgn cara online serta berbayar.

Cara mudah utk mnukar font dgn farmanager

Bahan2 yg diperlukn adalah:-
- font.ttf berserta dgn font.xml DOWNLOAD
- usb kabel
- farmanager.exe with jdflasher DOWNLOAD

pkra asas yg perlu dilakukan dlm stiap proses adalah
- shutdown phone kemudian remove bateri slma 2-3 minit..
- kemudian mskkn blk bateri tsebut n JGN ON KN.
- run farmanager yg telah diinstall tekan "Alt+F1"
- kemudian klik "just da flasher"



- pilih platform phone sbgi cnth DB2020 DCU-60 SPEED 921600



- kemudian klik "jump to large rabbit hole"
- tekan "c/del" pd phone smbgkn kabel td sehingga detect..farmanager
akn display jika ada smbgn..
- kemudian akn muncul bbrapa file sistem..double klik pd ofs


- ofs:/tpa/preset/system/fonts
- dlete semua file dlm folder font phone..( panel sblh kiri)
- panel sblh knn adalah bhgian pc/desktop jd cri file font.ttf dgn
font.xml anda mahukn
- kemudian select all n copy to phone..
- setelah selesai klik "..." pd panel blh kiri sehingga keluar notis
utk keluar..
- remove bateri n psg blk kemudian onkn..
- nikmatilah font kreatif anda dgn bangganya..

*risiko mlakukan stiap perkara harus ditanggung sndri*

Asas modding fon SE

Brg2 yg perlu ada:-
- pc/laptop
- usb dcu kabel
- usb flash driver(kat 4shared.com b'lambak.)

Memula skali. . .
- shutdown fon kemudian remove bateri selama 3 minit sekurang2nya..
- kemudian masukkn semula bateri & JGN ON FON..
- tekan "c/delete" kemudian sambungkn usb kabel yg tlh disambungkn dgn
pc kpd fon..
- sehingga keluar notis pd pc & cari usb flash driver td atau dgn cara
mudah right klik sje ape usb driver tsebut kemudian install. ..

P'hatian:- ulangi langkah2 diats dgn jayanya krna mungkin anda tak akn
dpt lps ke proses seterusnya..

Blogku Blogmu Jua

Hahaha...Assalamualaikum para blogger mahupn kaki tenet yg lain..hari
nie merupakan hari yg bsemangat bg sy krna b'jaya b'hempas pulas
m'yiapkan blog yg x s'berapa...jika nk dibandingkn dgn blogger yg
lain..maklumlah sy nie msh lg diperingkat newbie

Tujuan sy bbloging kali nie myb utk test power b'blog,m'cri kwn
serta m'nambah ilmu yg lain mahupn m'gajar trick m'gubah fon SE aka
Sony Ericsson anda m'jadi semakin mnarik..dgn b'mcm2 trick yg akn sy
sampaikn...ok la stakat itu saja p'dahuluan dri sy nt ada pulak yg
jemu dgn ini sy akhiri entry kali dgn pantun b'kerat2..

Buah cempedak diatas pagar,
Ambik galah tolong jolokkan,
Saya budak baru bljar,
Salah silap tolong tunjukkan...

Sekian..